Tuesday 20 January 2015

Bermulanya Cerita..

Sekitar bulan Ogos 2014, beberapa orang kakitangan telah pun mula bersembang untuk menganjurkan suatu event santai bagi menghilangkan tekanan kerja di pejabat yang boleh tahan hebat. Daripada cakap-cakap kosong, akhirnya kata putus telah dicapai, ditambah lagi dengan persetujuan daripada En. Yazid yang juga merupakan Ketua Jabatan turut menyokong idea santai sebegini. Maka bermulalah kisah-kisah pencarian di manakah tempat / lokasi yang sesuai untuk dijadikan sebagai venue event. 

Diketuai oleh Kak Ita sambil dibantu oleh tukang sibuk yang lain-lain, usaha mencari lokasi giat dijalankan disamping melakukan tugas-tugas hakiki sebagai Executor. Ada kalangan yang tidak sabar lantas mencadangkan agar dibuat sahaja program tersebut dalam tempoh terdekat. Walaupun ramai yang bersetuju, namun atas faktor kelewatan membuat tempahan, maka hasrat menganjurkan program santai ini terpaksa dianjakkan sehingga ke tahun 2015. Dan akhirnya, d'Alai Homestay telah dipilih sebulat suara sebagai lokasi tempat penganjuran untuk program yang julung kalinya dianjurkan ini. 

1 comment:

  1. tapi saya tak puas hati tak ada gambar group. next trip kena betul betul bayar paparazzi yang akan senantiasa click tak berkedip....hhehehe..bye.

    ReplyDelete